Pages

Monday, 25 February 2013

siapa Datuk S Farahdhiya.

Entah macam mana "terpergi" ke blog pasal artiskahwin dan "gewe" (bahasa klate utk couple). Salah satu artikel yang buat saya geram ialah artikel berikut: yang dipetik dari blog Mediamalaya:

Zubir melaporkan di Bintang Popular, Berita Harian bahawa ini merupakan gambar Farahdhiya bersama kekasihnya ketika hadir di majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai. Di fahamkan, kekasihnya ini berkacukan Melayu-Arab bernama Datuk S yang pernah dilaporkan Zubir terserempak di sebuah pusat membeli-belah di Jakarta bersama Farahdhiya sambil berpegangan tangan.
Menariknye, gosip ini tidak tamat di situ, Zubir telah menerima panggilan telefon daripada seorang vip diberi nama Datin Q bahawa Datuk S ini merupakan suami orang dan isterinya ialah Datin S. Adoi Zubir, banyaknye huruf. Menurut Datin Q, Datuk S ini masih pasangan suami isteri dan mereka hidup aman damai tanpa persengketaan. Datin Q agak terperanjat kerana Farahdhiya berani tampil di majlis keramaian bersama Datuk S sedangkan hubungan Datuk S bersama isterinya masih hubungan yang sah.
Sebagai nota, Datuk S ini merupakan usahawan yang berjaya, dia memiliki dua buah resort, satu di Terengganu dan lagi satu di Cyberjaya.
 
Ibarat seekor kucing, bila main rahsia-rahsia tu, itu yang nak dikorek...
Antara resort yang ada diCyberjaya ialah Cyberjaya Resort and Spa. Diuruskan oleh Ri-Yaz management. Dan boss nya Datuk S.. Shah...Tak tahulah mungkin itulah orangnya. boleh klik google and tengok images, keluarlah beberapa gambar, jadi boleh agakalah kan.....Tapi jangan tertukar orang, ada sorang lagi yang hampir sama namanya, tapi suami kepada iro lady..okay....
saja ingin tahu dan menyibuk.....

No comments:

Post a Comment